Saturday, August 20, 2011

Today,its such a good START...

Sapa sangka,hari Sabtu yang bermula dengan tenang,cuaca mendung dan berangin seperti awan ingin membuang 'air'nya,ditemani dengan dendangan lagu raya sepanjang hari dan video Kamen Rider W brmain di kaca laptop akhirnya bertukar menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
*SASPENS*
Tentu semua dah cuak kan?Apasal tiba2 aku bernada serius.Kalau tak cuak tu maknanya korang memang takde perasaanla.Back to the story. Sedang aku menikmati hari Sabtu yang normal dan tidak kepanasan seperti hari-hari biasa,tbe2 no Miss President tertera di hp ak.Aku dah mula sense something weird.Bile aku jawab panggilan beliau,dia beritahu bahawasanya practice untuk IB night start at 2pm,akan tetapi jam sudahpun menunjukkan 3pm.So bayangkan betapa kelam dan kabutnya aku keluar rumah huhu.
Tapi itu bukan point yang aku nak kongsi.Apa yang berbeza kali ini ialah my old self i coming back again.After 2 years leaving school,ego aku makin hari makin menebal.Kalu dulu aku sanggup berlari untuk ambil seseorang untuk bawak dia ke party reunion,tp sekarang tak lagi.Nilai-nilai murni itu sudahpun pudar di dalam jiwa aku.Mungkin kerana kehidupan sebagai pelajar universiti yang agak berbeza dengan kehidupan persekolahan,di mana everybody for himself,yang semakin hari semakin menebal dalam diri setiap individu hingga masing-masing sudah mula mementingkan diri mereka sendiri. Pernah aku teringat masa-masa dahulu,bagaimana concernnya aku bile someone ad masalah.Nak je membantu walaupun sebenarnya tak layak membantu.Tapi itu semua naluri sebagai manusia.Tapi these days no more."Lu ada masalah lu cite,wa xde masa nk tnya ap masalah lu.Kalu wa rasa nk tlg wa tlg,xde pndi2 lu la nk hidup".Nampak tak perbezaan di situ?
Manusia makin hari makin selfish.Mereka hanya mementingkan diri sendiri.Tapi perlu kita lihat jugak reason kenapa semua ini berlaku.Bayangkanla bila ko tolong bagai nak rak,orang yang ditolong tu sebenarnya berniat nak jatuhkan ko.Even dalam society sekarang pun kite tak boleh mengamalkan sifat bantu membantu lagi.Imagine berapa ramai mangsa dalam kes penipuan dan khianat di mana niat asal nak membantu mangsa kemalangan jalan raya tapi tengok2 rupanya itu semua taktik orang nak menyamun dan merompak.Even stranger kat tepi jalan pun kite dah tak boleh offer tumpang naik kereta.Entah2 perompak menyamar nak samun kite ke.Yang dioffer mnumpang pun pikir banyak kali.Kot2 kena culik pulak karang.So nampaknya reason dia kenapa manusia menjadi semakin pentingkan diri?Bukan kerana mereka pentingkan diri semata-mata namun atas sebab keselamatan.
Namun apa yang aku belajar dari peristiwa hari ini ialah sungguhpun kita ragu-ragu,mahupun was-was,ataupun rasa tak mampu nak menghulurkan bantuan,tapi kita sentiasa ada alternatif ways dalam hidup kita.Walaupun risiko di mana mungkin nanti apa yang kite beri itu tidak dihargai,mahupun diingati..Perlulah kita ingat,setiap apa yang kite bantu itu,sekiranya ikhlas,insyaallah akan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T,walaupun ianya tidak dihargai oleh parti yang dibantu.Dan aku juga belajar satu phrase ini "bantulah seseorang yang memerlukan bantuan selagi anda masih mampu menggunakan kedua2 belah tangan".Itulah yang mengubah kembali persepsi hidup dari pandangan aku...
"Langit tak selalunya cerah,tapi tak jugak selalu mendung.Kite adalah manusia berperasaan.Kalu kite ingin disayangi dan diberi perhatian,kite kena beri mereka kasih sayang dan perhatian kite dahulu."

No comments: